Thursday, 23 October 2014

[Part 5] Bali Solo Trip : Anika Spa & Upacara Ngaben

previous post:

Assalamualaikum, haiiii kepada sesiapa yang membaca! (kalau adalah kan, haha). Okay at last ni adalah entri hari terakhir aku kat Bali yang dikenali sebagai Pulau Dewata ni. Fuhh mau 3 bulan jugaklah hah nak siap habiskan entri Bali ni penangan kerja punya pasal. Aih kan best kalau boleh jadi student balik, tiap-tiap hari boleh aku mengudate entri baru kat kolej. Mimpilah kau. Haha.

Untuk hari terakhir kat Bali ni memang aku tak set nak pergi mana-mana pun, free and easy lah kononnya. Sebenarnya lepas balik dari Bali Eco Cycling Tour semalam tu, aku check-in dekat hotel lain pulak, gedik nak jugak merasa duduk hotel yang dekat centre of attraction walaupun satu malam je. So untuk malam yang terakhir aku tidur kat POP! Hotel Kuta Beach. Seronok jugaklah hotel ni pasal dia dekat dengan Pantai Kuta dan beberapa shopping mall. Design tandas dia ada pelik sikit, aku rasa macam ala-ala duduk dalam spaceship. 




Lepas je makan breakfast kat hotel, tetiba badan ni rasa nak pergi spa. Mana sah kalau pergi Bali tak merasa pengalaman spa kan? Sebenarnya aku terpengaruh dengan pamphlet yang aku ada amek kat Tune Hotel semalam pasal spa ni, macam-macam ada. Aku google google banyak review kata Anika Spa ni bagus, so dengan rakusnya aku book 4 hours Luxury Spa Session. Hah ambek kau 4 jam terus hah! Anika Spa ni dekat je dengan airport, kononnya sebelum nak balik KL tu bolehlah chill sikit kan. Eceh. Spa kat sini dia punya online and walk-in rate jauh beza tau, so better korang book online (send email) rather than walk-in, lebih kurang 50% jugaklah beza.

Yang bestnya Anika Spa ni provide free transfer dari hotel ke spa dia, and dari spa ke airport. So aku mintak dorang pick-up aku pukul 3 petang kat hotel pasal flight aku malam, so dorang boleh hantar aku terus pergi airport. Jimat tak payah pakai teksi dah. Sementara nak tunggu pukul 3 tu aku pun jalan-jalanlah nak jenguk Pantai Kuta yang digembar-gemburkan sebagai 'surfer's heaven' tu dengan harapan bolehlah cuci mata jumpa orang yang rupa macam model Quiksilver ke apa kan. Haha. Tapi kalau ikut pemerhatian aku, kat Bali ni takde maknanya korang nak mencuci mata segala pasal most of the tourists are Australian uncles and aunties, so paham-paham jelah siapa je yang bergelimpangan kat pantai tu. Haha. 



Overall Pantai Kuta biasa je, kat Malaysia banyak lagi pantai yang lagi cantik, cuma ombak kat sini sesuai untuk surfing lah. Sambil-sambil jalan kat persisir pantai tu, nasib aku baik pasal nampak ramai orang tengah prepare untuk upacara Ngaben kat tepi pantai tu. Kebetulan pulak aku pun baru je baca pasal upacara ni sebelum pergi Bali haritu, makanya gigihlah aku menunggu pasal nak tengok depan mata benda ni.

So apa tu upacara Ngaben? Ngaben ni sebenarnya adalah upacara pembakaran mayat masyarakat Hindu Bali. Mengikut kepercayaan Hindu Bali, pembakaran mayat ni adalah proses untuk membebaskan roh yang terperangkap di dalam jasad yang telah mati kerana mereka percaya yang mati adalah jasad dan bukannya roh si mati. Kadang-kadang mayat si mati akan disimpan dulu sementara waris mengumpul duit untuk nak adakan upacara pembakaran ni. Abu mayat tu kemudiannya akan dihanyutkan ke dalam laut. Aku dah terbayang berapa banyak dah hah abu mayat kat pantai yang orang dok beriya surfing tu. Upacara Ngaben ni dijalankan dengan penuh tertib, dan tak huru-hara, dan aku tak nampak sesiapa pun yang menangis. Aku ada tanya sorang nenek tu dia kata ni kira bukan full upacara Ngaben pasal kalau yang betul-betul punya lagi meriah. Hah meriah kau! Then dia ada explain, tapi cakap bahasa Bali, memang aku faham sangat. Haha. 







Lama jugaklah aku kat tepi pantai tu, dari dorang setup tempat bakar tu sampailah tunggu mayat diarak masuk dan dibakar. Gigih mengalahkan waris kan. Saje je lah sebenarnya alang-alang kat tempat orang, nak tengok budaya masyarakat kat sana. Habis je upacara tu aku jalan balik ke hotel balik pasal orang spa akan pick-up aku kat sana. Yeay!

Bagus transfer service Anika Spa ni, datang memang on-time ikut time booking kita. Sampai je kat spa tu dia explain sikt apa yang dorang akan buat. Untuk 4 hours Luxury Package tu dia termasuk:
  • Foot Bath & Massage
  • Body Massage
  • Face Massage
  • Body Scrub
  • Body Mask
  • Luxury Bath
  • Flower Bath
  • Avocado Creambath



Lepas dah simpan beg dan buat payment, staff dia bawa masuk ke dalam. Tenang sangat rasa bunyi air mengalir dan muzik tradisional Jawa. Sebelum mula kaki kita akan dibersihkan dulu dan dia urut-urut sikit sambil rendamkan kaki dalam air garam. Sementara kaki diurut tu boleh enjoy minum teh serai yang dihidangkan. Relaxing sangat rasa. Tapi sejujurnya aku dah mula rasa awkward bila ada orang nak bersihkan kaki, bukakkan kasut segala. Haha.





Habis je foot bath & massage tu barulah dia bawak masuk dalam bilik untuk body massage, scrub dan mask. Hampir 4 jam weh aku terperuk dalam bilik tu, tu lah kau nak 'luxury' sangat. Haha. Aku rasa setengah jam pertama je aku dah start terlelap dah dapat pulak bilik lampu pun kelam je tambah lagi dengan bau aromaterapi tu hah memang sedap sangatlah tidur! Tau-tau je dia kejut suruh aku pergi mandi luxury bath tu. Wangi gila air dia siap dengan kelopak bunga ros bagai, seram pulak aku rasa. Dah habis mandi tukar baju semua barulah pergi ke salon dia untuk Avocado Creambath tu pulak. Treatment rambut rupanya creambath tu aku ingatkan apa. Anika Spa ni dia bukan setakat ada spa je tau, tapi sebelah tu ada jugak restoran lah, guest house, kedai jahit pun ada.

Lepas almost 4 jam setengah feeling macam anak raja, aku mintak dorang hantar aku pergi airport, kejap je dah sampai. Lega betul rasa badan dapat spa sebelum naik flight. So kalau korang datang Bali dan nak pergi spa dengan harga yang berpatutan, aku recommend Anika Spa ni. Cuba teka berapa je aku bayar untuk 4 jam spa tadi tu? Around RM150 je! Murah kan? Mana nak dapat kat Malaysia ni 150 untuk 4 jam punya session? Tapi let say korang punya bajet banyak, boleh la ke spa-spa lain yang bersepah-sepah kat Bali ni.

Alhamdulillah settle dah entri trip ke Bali, inshaallah entri Tranjava Ekspress (Jakarta - Jogjakarta - Bandung) akan menyusul tak lama lagi! 


Wednesday, 1 October 2014

[Part 4] Bali Solo Trip : Bali Eco Cycling Tour

previous post:

Ya Allah, sebenarnya entri ni lama dah siapnya, tapi dok terperuk dalam draft pasal tak menyempat nak upload gambar. Tak tau kenapa suddenly internet aku maha laju habis kuota bulan ni nak upload gambar tu memang azab sesangatlah. Pheww~ Tambah pulak dengan kerja yang menimbun, mau tak stress? Haha. So sempena masuk bulan baru ni, eloklah aku sambung cerita Bali ni, kasi hilang sikit tekanan stress segala tu. Ye tak?

Orite, so kalau ikutkan plan awal, hari keempat ni nak ke Lovina Beach untuk nak tengok ikan lumba-lumba (dolphin) melompat keriangan dengan berlatarkan sunrise kat sana. Gituh. Tapi before pergi tu google punya google, ramai kasi review yang so so membuatkan aku agak tawar hati nak pergi Lovina tu. Antara review yang aku baca :
  • Pantai dia so so aje.
  • Chances nak nampak dolphin melompat-lompat tu tak menentu, kalau ada, adalah, kalau takde, padan muka. haha
  • Tempat tu akan jadi sangat crowded, then once ada dolphin je, hah semua tour bot pun pergi kejar sana untuk tengok dengan lebih dekat. Dah kalau semua bot nak pergi kejar dolphin tu, sah-sah lah ikan tu pun takut nak muncul balik kan?
So kesudahannya, selamat tinggal Lovina Beach dan dolphin-dolphinnya. Pasal dah cancel untuk ke Lovina, aku pun haru jugaklah nak fikir apa nak buat lagi 2 hari kat Bali ni? Alhamdulillah, nasib baik time tengah search pasal dolphin viewing tu, aku terjumpa blog ada cerita pasal dia join Bali Eco Cycling Tour ni. Sorry sangat, aku pun lupa blog mana yang aku jumpa tu. Dapat pulak time tu aku memang tengah kemaruk sangat nak cycling lepas dah dua kali pergi Taman Botani Putrajaya tapi dua-dua kali pun basikal diorang habis. Hehh.

Lepas dah convince habis dengan review dari blog tu ditambah lagi dengan komen-komen yang memberangsangkan di TripAdvisor, aku pun email Bali Eco Cycling ni untuk buat booking. Booking tak payah deposit pun, just bagitau tarikh dan hotel tempat kita duduk untuk dorang pick-up korang di hari kejadian nanti. Boleh check http://baliecocycling.com/cycling-tour/ untuk info lebih lanjut.



Pada aku, Bali Eco Cyling Tour ni adalah highlight untuk sepanjang Bali trip aku pasal serious rasa seronok sangat. So pada aku berbaloilah untuk spend duit sikit kat sini untuk apa yang kita akan dapat sepanjang tour ni. Time pergi tu harga pakej cycling tour ni Rp 420 000 termasuk free pick-up dari hotel, breakfast buffet, lunch buffet, coffee tasting, van kecemasan in case berlaku apa-apa kemalangan, tour guide dan tentunya, basikal untuk kita nak cycling. 

Pukul 7 pagi tepat, aku terus check-out dari Tune Hotel yang maha kecik tu pasal tour ni akan ambil masa sampai petang. Supir pun sampai on time pagi tu, aku orang pertama dia pick-up then terus pergi pick-up yang lain kat hotel masing-masing. So group aku ni ada enam orang, dua pasangan suami isteri dari Australia dan US, seorang doktor sukarelawan dari Holland, dan seorang budak sesat dari Malaysia. Haha. Seronok dapat bergaul dengan orang luar walaupun topik-topik yang dorang sembang uih korporat sangat sampai aku agak blur jugaklah. At least hari keempat ni ada jugaklah geng-geng nak borak lepas dah 3 hari asyik dok sembang dengan si supir je kan, mau tak bosan. Haha.

Offering dalam van. Kat Bali ni, bersepah-sepah jumpa offering ni.

Destinasi pertama, tour ni bawak kitorang semua ni pergi sarapan dulu di Lookout Restaurant yang terletak kat tepi bukit, manghadap Gunung Batur. Sejuk weh! Hah, restoran ni jauh lebih shiok daripada Restoran Batur Sari yang supir aku bawak before ni pasal kat Lookout ni boleh nampak Gunung Agung dan Batur dengan lebih dekat dan jelas. Masuk je staff restoran bagi welcome drink, jus tembikai dalam cawan ala-ala untuk minum air zam-zam. Haha. Ok la tu, nama pun welcome drink kan, sikit-sikit cukuplah. Aku tak makan banyak pun pasal dok ternganga tengok keindahan Gunung Agung dan Batur subhanallah cantiknya! Then segan jugak nak makan banyak pasal duduk semeja dengan group kan, menjaga tatasusila lah kononnya. 







Lepas perut kenyang, hati pun dah senang, kitorang dibawa ke kawasan perusahan kopi (lagi), cuma bezanya yang sini dia macam lagi proper pasal mungkin yang ni ramai foreigner datang. Dan kat sini jugak dia ada explainlah pasal rempah-ratus herba segala, tapi mat-mat saleh tu excited lah. Aku? Nak excited apanya, macam takde kat Malaysia pulak kan. Haha. Tapi coffee tasting kat sini lagi banyak compared to tempat first yang aku pergi tu plus siap boleh makan pisang goreng panas (tapi serious Malaysia punya lagi sedap), makan buah-buahan dan siapa yang smoking dia ada tembakau fresh punya. Aku yang tak smoking ni tengok jelah.


Ingat lagi cerita pasal kopi luwak a.k.a cat-poo-cino a.k.a kopi tahi musang?? Hahaha






Habis mengopi akhirnya tour bawak kitorang untuk pergi pilih basikal memasing. Alhamdulillah pasal group kitorang tak ramai, so pihak tour letakkan jelly pad kat seat basikal kitorang, so takdelah rasa kematu punggung time cycling kan. Lepas pilih-pilih basikal tu, dia briefing sikit pasal langkah-langkah keselamatan, cara nak guna gear semualah. Kekok jugaklah aku memula tu pasal berzaman jugak tak naik basikal. Tapi jangan risau pasal akan ada orang yang akan guide kat depan dan belakang sekali, then ada van kecemasan akan ikut takut kalau terjadi apa-apa yang tak diingini.

Time cycling ni lalu kat kawasan tempat tinggal masyarakat Bali, siap masuk rumah lagi untuk tunjuk dengan lebih detail cara hidup orang kat sini. Dan dekat sinilah untuk pertama kalinya aku tengok babi depan mata pasal depa ni bela babi belakang rumah macam bela lembu. Besar dan banyak gila weh! Yang mat-mat saleh ni siap excited selfie bagai lagi dengan bebabi tu. Hahaha. 


makcik tengah gigih buat tikar

Ni adalah 'fridge' tradisional orang Bali katanya untuk simpan leftover makanan.

Tengok hah macam mana dia sidai kain, punyalah pemalas. Lol

Ni baru sekandang, sebelah ada lagi sebenarnya, warna hitam punya. Terkejut babs aku tengok pasal banyak beno.



Pendek ceritanya memang seronok habislah cycling tour ni, siap time bertembung dengan budak-budak nak pergi sekolah semangat dorang melambai-lambai kat kitorang, terus aku feeling macam tengah masuk Le Tour de Langkawi pulak, Eh. 




Auntie dari Australia ni cute gila, siap cerita ada kangaroo masuk melompat kat dapur rumah dia. 




Dah habis meronda dari satu kampung ke satu kampung, pergi lunch pulak. Best jugak tempat lunch dia, ala-ala masuk dalam semak samun yang cantik macam tu. Haha. Jangan risau, makanan kat sana halal pasal aku dah email dulu sebelum book tour ni. Tapi beer ada je jual kat sini dalam botol.




Overall puas hati sangat-sangat pasal dengan cycling tour ni dapat overview orang tempatan kat sini dengan lebih dekat dan yang best dapat cycling! Hah lama tak menaip tetiba rasa macam panjang sangat entri ni. Ok semoga masa tak jealous dengan aku untuk nak siapkan entri Bali ni. Tinggal satu hari je lagiiii yeaaayyyy!

Adios! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...