Monday 1 September 2014

[Part 3] Bali Solo Trip : Pura Taman Ayun, Ulun Danu Bratan & Tanah Lot

[Part 2] Bali Solo Trip : Jelajah Pantai & Pura 

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Merdeka! 

Alhamdulillah, last week selamat dah trip ke Jakarta - Yogyakarta - Bandung - Jakarta. Inshaallah entrinya aku akan post lepas habis cerita pasal Bali ni. Maknanya tak tau zaman bila lah tu akan ada entri tu. hahaha. Nak pilih gambar tu yang azab tu. Tak apa, nanti alang-alang pilih gambar untuk photobook, kita selit-selit masuk blog sekali ye dak? 

Sehari je balik dari Jakarta tu terus kena gastrik, mashaallah sakitnya macam mengandung. Err macamlah aku pernah mengandung kan? haha. Tapi nak bagitau sakitnya tu macam kena kikis-kikis dinding perut. Pukul 2 pagi terus pergi klinik untuk injection. Pheww~tapi bukannya pasal makanan kat Indonesia pun lah. Punca gastriknya pasal balik je Jakarta terus tidur tak sedar diri, tak makan apa, malam mulalah dah masuk angin. Puncanya diri sendiri lah.  

Pura Taman Ayun

Ok sudah lah tu mengadu nasib panjang-panjang kat sini, moh sambung cerita Bali. Destinasi pertama untuk hari yang ketiga ni adalah ke Taman Ayun atau dikenali juga sebagai Royal Temple of Mengwi yang juga merupakan Tapak Warisan UNESCO. Perjalanan dari Legian ke sini mengambil masa lebih kurang setengah jam macam tu. Kali ni aku tak berjaya berlakon jadi orang Indonesia, so kenalah bayaran tiket untuk foreigner Rp 15 000. Katanya pada zaman dulu Taman Ayun ni cantik sangat landskapnya cuma sekarang tak berapa terjaga so biasa-biasa je. Tapi yang bestnya, kat sini tak ramai sangat orang, so rasa tenang je. Taman Ayun ni jugak dikelilingi dengan kolam ikan yang besar, jadi bila kita tengok, seolah-olah taman ni terapung di atas air (tapi aku tak nampak pun taman ni macam terapung, takpun mata aku yang kurang teliti. haha).








Rasanya kat sini kalau ada tour guide yang boleh ceritakan serba sedikit pasal tempat ni lagi best kot, sekurang-kurangnya tau lah ni apa, tu apa. Tapi aku tak jumpa pulak mana-mana kaunter untuk hire guide, kecuali untuk certain group yang memang datang dengan travel agency. Selain tu, kat sini jugak ada Muzium Ogoh-ogoh, tapi nak masuk tu kena bayar, so aku tak masuk pasal masa aku datang ni, lagi dua tiga hari masyarakat Bali akan menyambut Hari Raya Nyepi, so ada banyak ogoh-ogoh aku boleh tengok kat tepi-tepi jalan je. 

Haa, untuk pengetahuan korang, kalau nak datang ke Bali, elakkan datang sewaktu Hari Raya Nyepi ni. Nyepi sebenarnya adalah Tahun Baru Hindu mengikut kalendar Saka/Caka masyarakat Hindu Bali di mana pada hari Nyepi tu, semua orang termasuklah pelancong tak akan keluar rumah, bekerja dan semua lampu ataupun api akan dipadamkan/dimalapkan, dan semua aktiviti pada hari tersebut akan dihentikan. Kalau tak silap aku flight pun tak ada hari Nyepi tu. Nasib aku balik dalam 2 hari sebelum Nyepi. Selain tu, beberapa hari sebelum Nyepi tu, semua barangan besi termasuklah motor dan kereta akan disembahyangkan dan akan diletakkan bunga/daun-daun di plat nombor. Ogoh-ogoh pulak adalah replika makhluk-makhluk kayangan dan bumi (syaitan, naga, singa, harimau) yang diperbuat dari polisterin dan akan dibakar pada malam hari Nyepi. Hebat tau dorang ni boleh buat bentuk makhluk-makhluk tu guna polisterin je. Nampak macam guna batu kot!


Percaya tak dorang buat ni guna polisterin? Kreatif sangat kan boleh bentukkan macam ni siap cat nampak macam guna batu je.

Ni contoh barang besi yang dah 'disembahyangkan'. Kalau kereta dia akan gandung daun-daun tu kat nombor plat. Best lah, speed trap tak dapat capture pasal plat dah kena tutup dengan daun. hehe

Ni adalah 'offering' yang akan dijumpai dimana-mana kat Bali ni. Masyarakat Hindu Bali akan letak offering ni lepas sembahyang.


Pura Ulun Danu Bratan

Sampai je kat Pura Ulun Danu Bratan (Rp 10 000) ni rasa nyaman sangat, lebih-lebih lagi lepas berpeluh-peluh berjalan kat Taman Ayun tadi pasal kat sini dia sejuk ala-ala kat Cameron Highlands macamtu. Best sangat! Pura ni terletak di antara dua bukit so cuaca pun tak berapa panas dan dia punya udara tu betul-betul rasa fresh lah! Pura Ulun Danu Bratan ni merupakan antara 'Pura Air' utama untuk masyarakat Hindu Bali. Selain tu kalau yang datang dengan group ataupun berbulan madu, boleh lah kayuh-kayuh bot itik tu (aku taktau nak panggil apa benda ni yang macam kat Tasik Titiwangsa tu) ataupun bermesra-mesraan naik sampan kat sini. 










Berhampiran dengan pura ni ada Masjid Besar Al-Hidayah, di mana korang boleh solat dan boleh tengok permandangan Ulun Danu Bratan dari pandangan atas pasal masjid ni atas bukit sikit. Selain tu boleh jugak makan makanan halal yang sedap lagi murah kat area sini. Aku makan soto ayam dengan fresh strawberry juice kat sini harga kurang dari RM 5 je! Mana nak dapat kat KL kan? haha. Kat tepi-tepi jalan pun ada banyak orang jual fresh strawberry segar-segar dan murah, tapi aku tak beli pun. 





Lepas tu pak supir bawa aku ke Tasik Danau Beratan tak jauh dari pura tadi dimana tasik ni dianggap tasik suci oleh penduduk setempat kerana keindahannya yang masih terjaga. Kat sini tak ada pelancong pun, just ada penduduk setempat yang tengah memancing dan borak-borak atas motor kat situ. Aku rasa macam nak bukak khemah, tidur kejap kat sini je masa tu. Haha.



Tanah Lot

Tanah Lot ni teramatlah popular di kalangan photographer yang nak 'menangkap' sunset, kerana Tanah Lot ni terletak menghadap Lautan Bali dan pemandangannya subhanallah cantik sangat. Aku pun tak terkecuali, nak jugak tengok sunset kat sini walaupun bukan aku pandai pun nak amek gambar sunset bagai ni. Tiket masuk akan dikenakan sebanyak Rp 10 000 dan parking Rp 5000. Kat Tanah Lot ni orang ramailah yang teramat, kalau tengok dari atas tu macam semut je memasing. Time aku sampai kat sini still awal lagi dan cuaca terik yang teramat, so sementara nak tunggu sunset tu bolehlah beli ole-ole kat sini. Aku prefer beli souvenir kat Tanah Lot ni pasal harga lebih murah dan banyak pilihan jugak. Tapi untuk siapa yang datang sini untuk capture sunset, boleh terus cari spot masing-masing pasal kat sini ramai photographer tegar yang akan pacak tripod awal-awal dah.







Kat sini jugak ada Pura Tanah Lot yang terletak betul-betul kat hujung tebing menghadap laut, mula-mula aku ingat nak naik atas pura tu, nak amek gambar, tapi hasrat terbatal pasal siapa nak masuk kena buat penyucian dengan 'sami' dia dulu dimana dia akan renjiskan kita dengan air suci (holy water) daripada pura tersebut then akan lekatkan macam beras di dahi dan selit bunga kat telinga baru boleh masuk naik atas pura tu. Ramai je yang bertudung semua beratur kat situ, tapi pada aku tu macam syirik. Kalau siapa nak naik jugak tu, tepuk dada tanya iman lah. So aku tak naiklah atas pura tu.


Ni lah 'penyucian' yang aku maksudkan, lepas 'suci' jadilah macam laki yang ada bunga kat telinga tu.

Kuil/puranya betul-betul kat atas hujung tebing tu.






Kat sini banyak jual souvenir, masa untuk tawar-menawar!

Lepas je habis tengok sunset aku pusing-pusing lagi kat gerai-gerai kat situ. Saja je aku balik malam sikit walaupun bukan beli apa pun pasal harini hari last aku guna supir, so pulun habis-habisan lah. Dah dua hari aku bagi dia balik awal je, so last day ni utilise betul-betul. Haha. 

Balik je Tune Hotel yang kecik yang amat tu terus tidur pasal next day ada Bali Cycling Eco Tour. Haaa yang ni serious siapa pergi Bali aku recommend sangat sangat sangat tour ni! Ok ni teaser je untuk next entry.

Bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...