Thursday 23 October 2014

[Part 5] Bali Solo Trip : Anika Spa & Upacara Ngaben

previous post:

Assalamualaikum, haiiii kepada sesiapa yang membaca! (kalau adalah kan, haha). Okay at last ni adalah entri hari terakhir aku kat Bali yang dikenali sebagai Pulau Dewata ni. Fuhh mau 3 bulan jugaklah hah nak siap habiskan entri Bali ni penangan kerja punya pasal. Aih kan best kalau boleh jadi student balik, tiap-tiap hari boleh aku mengudate entri baru kat kolej. Mimpilah kau. Haha.

Untuk hari terakhir kat Bali ni memang aku tak set nak pergi mana-mana pun, free and easy lah kononnya. Sebenarnya lepas balik dari Bali Eco Cycling Tour semalam tu, aku check-in dekat hotel lain pulak, gedik nak jugak merasa duduk hotel yang dekat centre of attraction walaupun satu malam je. So untuk malam yang terakhir aku tidur kat POP! Hotel Kuta Beach. Seronok jugaklah hotel ni pasal dia dekat dengan Pantai Kuta dan beberapa shopping mall. Design tandas dia ada pelik sikit, aku rasa macam ala-ala duduk dalam spaceship. 




Lepas je makan breakfast kat hotel, tetiba badan ni rasa nak pergi spa. Mana sah kalau pergi Bali tak merasa pengalaman spa kan? Sebenarnya aku terpengaruh dengan pamphlet yang aku ada amek kat Tune Hotel semalam pasal spa ni, macam-macam ada. Aku google google banyak review kata Anika Spa ni bagus, so dengan rakusnya aku book 4 hours Luxury Spa Session. Hah ambek kau 4 jam terus hah! Anika Spa ni dekat je dengan airport, kononnya sebelum nak balik KL tu bolehlah chill sikit kan. Eceh. Spa kat sini dia punya online and walk-in rate jauh beza tau, so better korang book online (send email) rather than walk-in, lebih kurang 50% jugaklah beza.

Yang bestnya Anika Spa ni provide free transfer dari hotel ke spa dia, and dari spa ke airport. So aku mintak dorang pick-up aku pukul 3 petang kat hotel pasal flight aku malam, so dorang boleh hantar aku terus pergi airport. Jimat tak payah pakai teksi dah. Sementara nak tunggu pukul 3 tu aku pun jalan-jalanlah nak jenguk Pantai Kuta yang digembar-gemburkan sebagai 'surfer's heaven' tu dengan harapan bolehlah cuci mata jumpa orang yang rupa macam model Quiksilver ke apa kan. Haha. Tapi kalau ikut pemerhatian aku, kat Bali ni takde maknanya korang nak mencuci mata segala pasal most of the tourists are Australian uncles and aunties, so paham-paham jelah siapa je yang bergelimpangan kat pantai tu. Haha. 



Overall Pantai Kuta biasa je, kat Malaysia banyak lagi pantai yang lagi cantik, cuma ombak kat sini sesuai untuk surfing lah. Sambil-sambil jalan kat persisir pantai tu, nasib aku baik pasal nampak ramai orang tengah prepare untuk upacara Ngaben kat tepi pantai tu. Kebetulan pulak aku pun baru je baca pasal upacara ni sebelum pergi Bali haritu, makanya gigihlah aku menunggu pasal nak tengok depan mata benda ni.

So apa tu upacara Ngaben? Ngaben ni sebenarnya adalah upacara pembakaran mayat masyarakat Hindu Bali. Mengikut kepercayaan Hindu Bali, pembakaran mayat ni adalah proses untuk membebaskan roh yang terperangkap di dalam jasad yang telah mati kerana mereka percaya yang mati adalah jasad dan bukannya roh si mati. Kadang-kadang mayat si mati akan disimpan dulu sementara waris mengumpul duit untuk nak adakan upacara pembakaran ni. Abu mayat tu kemudiannya akan dihanyutkan ke dalam laut. Aku dah terbayang berapa banyak dah hah abu mayat kat pantai yang orang dok beriya surfing tu. Upacara Ngaben ni dijalankan dengan penuh tertib, dan tak huru-hara, dan aku tak nampak sesiapa pun yang menangis. Aku ada tanya sorang nenek tu dia kata ni kira bukan full upacara Ngaben pasal kalau yang betul-betul punya lagi meriah. Hah meriah kau! Then dia ada explain, tapi cakap bahasa Bali, memang aku faham sangat. Haha. 







Lama jugaklah aku kat tepi pantai tu, dari dorang setup tempat bakar tu sampailah tunggu mayat diarak masuk dan dibakar. Gigih mengalahkan waris kan. Saje je lah sebenarnya alang-alang kat tempat orang, nak tengok budaya masyarakat kat sana. Habis je upacara tu aku jalan balik ke hotel balik pasal orang spa akan pick-up aku kat sana. Yeay!

Bagus transfer service Anika Spa ni, datang memang on-time ikut time booking kita. Sampai je kat spa tu dia explain sikt apa yang dorang akan buat. Untuk 4 hours Luxury Package tu dia termasuk:
  • Foot Bath & Massage
  • Body Massage
  • Face Massage
  • Body Scrub
  • Body Mask
  • Luxury Bath
  • Flower Bath
  • Avocado Creambath



Lepas dah simpan beg dan buat payment, staff dia bawa masuk ke dalam. Tenang sangat rasa bunyi air mengalir dan muzik tradisional Jawa. Sebelum mula kaki kita akan dibersihkan dulu dan dia urut-urut sikit sambil rendamkan kaki dalam air garam. Sementara kaki diurut tu boleh enjoy minum teh serai yang dihidangkan. Relaxing sangat rasa. Tapi sejujurnya aku dah mula rasa awkward bila ada orang nak bersihkan kaki, bukakkan kasut segala. Haha.





Habis je foot bath & massage tu barulah dia bawak masuk dalam bilik untuk body massage, scrub dan mask. Hampir 4 jam weh aku terperuk dalam bilik tu, tu lah kau nak 'luxury' sangat. Haha. Aku rasa setengah jam pertama je aku dah start terlelap dah dapat pulak bilik lampu pun kelam je tambah lagi dengan bau aromaterapi tu hah memang sedap sangatlah tidur! Tau-tau je dia kejut suruh aku pergi mandi luxury bath tu. Wangi gila air dia siap dengan kelopak bunga ros bagai, seram pulak aku rasa. Dah habis mandi tukar baju semua barulah pergi ke salon dia untuk Avocado Creambath tu pulak. Treatment rambut rupanya creambath tu aku ingatkan apa. Anika Spa ni dia bukan setakat ada spa je tau, tapi sebelah tu ada jugak restoran lah, guest house, kedai jahit pun ada.

Lepas almost 4 jam setengah feeling macam anak raja, aku mintak dorang hantar aku pergi airport, kejap je dah sampai. Lega betul rasa badan dapat spa sebelum naik flight. So kalau korang datang Bali dan nak pergi spa dengan harga yang berpatutan, aku recommend Anika Spa ni. Cuba teka berapa je aku bayar untuk 4 jam spa tadi tu? Around RM150 je! Murah kan? Mana nak dapat kat Malaysia ni 150 untuk 4 jam punya session? Tapi let say korang punya bajet banyak, boleh la ke spa-spa lain yang bersepah-sepah kat Bali ni.

Alhamdulillah settle dah entri trip ke Bali, inshaallah entri Tranjava Ekspress (Jakarta - Jogjakarta - Bandung) akan menyusul tak lama lagi! 


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...