Friday 22 August 2014

[Part 1] Bali Solo Trip : Day 1


First day ni tepat pukul 9 pagi pak supir aku dah ready tunggu kat lobby hotel dah. Aku sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa menepati masa, 9.15 baru aku turun bawah. haha. Bukan terlajak tidur eh! Tapi aku pergi melawat kawasan dulu, tengok swimming pool (tak mandi pun), jenguk-jenguk cafe dia. Saja je lah menyibuk. 

Pak supir ni harini nak bawak aku pergi tempat-tempat untuk mengenali Bali katanya. Katanya lah. Destinasi pertama pagi tu adalah pergi menonton Barong Dance (IDR 100k). Harga tiket boleh tahan jugak, macam harga nak masuk zoo gamaknya. Tapi demi nak tengok budaya orang kat sini, tak apelah, tengok aje. Barong tu sebenarnya binatang scary yang macam harimau/singa tu. Pementasan Tarian Barong ni guna Bahasa Jawa pure punya yang memang aku tak paham tapi jangan risau, dekat entrance boleh amek flyers sinopsis cerita dia. Pilih je bahasa apa nak, English, Mandarin, Jepun, Korea semua ada. Tapi untuk yang ada bawak anak-anak kecik maybe tak berapa sesuai tengok pementasan ni pasal dia ada scene-scene tikam diri dan agak lucah sikit. haha. Jangan tanya aku Barong Dance ni cerita pasal apa, pergi google sendiri pasal aku sendiri pun dah lupa cerita dia sebenarnya. heheheh.

Tadaaaa!! Hah ni lah barongnya. Aku lupa lah binatang ni harimau or singa or mutant harimau dan singa? haha

Time ni sepenuh hati dorang ni cucuk badan dengan keris panjang tu sampai bekas-bekas kot badan. 




Kalau yang perempuan dorang tak fight guna keris, tapi dok kibas-kibas guna kangkung. Comel je aku tengok.
Lepas je tengok Barong Dance tu aku mintak supir tu bawak aku pergi beli sim card pasal nak update Instagram susah bila takde internet. lol sangat alasan. Aku beli simpack Simpati (IDR 30k) then tambah pulsa (topup) IDR 42k untuk internet (1.5GB) kuota macam nak duduk sebulan kat sana. Lepas tu pandai dorang ni nak buat duit, potong sim tu jadi micro sim dia cas lagi IDR 10k padehal kepit je sim tu jadi kecik dah siap. Ceyy. 


Dah seronok dapat internet, supir tu tanya nak pergi tengok kawasan perusahaan batik. Aku tanyalah, beza ke batik Bali dengan Malaysia, then dia pun jawab "Lihat aja dulu, pasti ada bedanya". Aih dia main suprise-suprise dengan aku pulak. So aku pun on ajelah pergi tempat batik tu. Kat sana kejap je aku singgah, masuk pusing-pusing kejap tangkap gambar satu dua, aku pun keluar. Pak supirnya nak smoking pun tak sempat habis. Pada aku batiknya lebih kurang je dengan kat Malaysia (atau mungkin aku yang tak pandai menilai batik. haha). Tapi satu je perbezaan yang aku perasan adalah cara dia melukis/mencanting batik tu. Kan kalau kita pergi Terengganu atau Kelantan selalunya time dorang nak lukis motif tu dia hamparkan kain tu, tapi beza dengan kat Bali, depa ni lukis batik tu kat tangan je sambil lepak atas kerusi. Fuhh yang ni kira hebat jugaklah pada aku.



Habis je tempat batik, terus pergi Udayana Painting Studio (ala-ala galeri lukisan) dan Yan Yan Gold and Silver. Time tempat-tempat ni sumpah aku bosan gila tapi buat-buat macam interested je tanya lukisan itu cerita pasal apa, siapa pelukis dia, guna teknik apa, eceh macamlah aku tau kan. haha. Lepas je pergi tempat-tempat ni, barulah aku tau rupa-rupanya semua tempat ni kira macam dah bagitau dengan supir-supir ni untuk menyinggah kat tempat dorang. So macam kalau kita ada beli apa-apa kat situ, supir ni akan dapat sikit lah. No wonder lah menyungguh suruh aku singgah sangat, perusahaan khas Bali katanya =.="

Serious lukisan kat sini cantik-cantik dan original dilukis oleh master painter dia. Tapi tulah, aku takde lah pulak niat nak beli lukisan ke apa kat sini. 



Perjalanan diteruskan ke Kintamani tapi on the way tu singgah dulu kat Pura Titha Empul. Pura tu maknanya lebih kurang macam kuil lah. Tiket masuk IDR 15k, then nanti dia akan kasi pinjam kain untuk ikat kat pinggang dan kalau siapa yang pakai seluar pendek ataupun mini skirt ke apa, dia akan kasi pakai kain sebagai menghormati pura tu. Kat sini ada kolam yang mengikut kepercayaan Hindu Bali, air dalam kolam ni adalah suci, so dorang mandi kat sini untuk tujuan penyucian, sembuh penyakit dan sebagainya. Aku takdelah nak mandi penyucian segala, just amek gambar je. Lama jugak aku duduk sini, tengok orang mandi (bukan cuci mata. haha), sembahyang segala. Dekat jalan keluar nanti akan lalu kedai-kedai souvenir tapi aku rasa siapa nak beli better pergi kat Tanah Lot, lagi banyak pilihannya and lagi murah.













Next destination ni memang ada dalam list aku, coffee plantation! Ada banyak coffee plantation kat sini, yang aku pergi ni adalah Oka Agriculture. Aku bukanlah peminat kopi pun, tapi aku teruja nak tengok Kopi Luwak yang dikatakan kopi termahal kat dunia. Aku wondering jugaklah pasal tak silap orang kata kopi luwak ni dari najis musang, ape yang jadi mahal sangat kan? Rupa-rupanya memang ada sebab dia mahal tu, aku cerita lepas ni.

Sampai-sampai je ade macam guide dari Oka Agriculture tu dia tunjukkan aku pokok-pokok herba, rempah-ratus, buah-buahan tempatan yang mostly kita orang Malaysia ni dah tau lah. Lepas tu masa yang ditunggu-tunggu dia perkenalkan aku dengan si luwak ni yang duduk dalam sangkar. Mengikut guide tu, yang dalam sangkar ni hanya sebagai 'sampel' je untuk pelawat nak tengok apa rupa luwak tu, then luwak-luwak lain memang dilepaskan so dorang boleh pergi makan biji-biji kopi. Jadi, apa beza kopi luwak ni dengan kopi biasa? Hah, ni hasil aku interview abang guide tu:

  • Kalau kopi biasa tu manusia yang petik, means napak warna macam dah masak kita pun petik. Tapi berbeza dengan luwak pasal dia hanya akan pilih dan makan biji kopi yang terbaik sahaja.
  • Lepas tu semua biji kopi yang luwak tu makan akan diproses dalam perut dulu dengan enzim-enzim dalam badan dia yang membuatkan rasa dia tak sama dengan kopi lain.
  • Luwak tu akan keluarkan tahi dia tu yang memang keluar balik kopi tu seketul-seketul. Lepas tu barulah ianya akan dibasuh dan kulit dia akan dikopek.
  • Sebenarnya luwak yang dibela untuk proses kopi ni hanya makan kopi (sepanjang tempoh proses pembuatan) then kopi yang keluar dari luwak tu tak terkena najis pun pasal dia ada kulit biji kopi tu. Pasal tu lah ada yang mengatakan kopi luwak ni halal kerana najis tu tak terkena kat biji kopi tu sendiri, tapi kulit dia je.


No wondelah mahal kopi ni. Habis aku interview pasal kopi luwak ni dia akan bagi kita try sampel-sampel kopi yang dibuat di situ secara percuma. Tapi untuk siapa yang try kopi luwak kena bayar IDR 50k untuk satu cawan kecik tu. Untuk aku kalau dia kasi free pun aku tak sanggup minum.

Semua kopi & teh yang kat bawah tu dia kasi free sample, sape nak rasa kopi luwak yang comel tu, meh sini 50k.

Coconut coffee berjaya memikat hati aku, so terperangkaplah aku pergi beli sepaket untuk bawak balik.

Haaa..yang dua ketul kat tepi dulang tu la rupa kopi luwak yang belum dibasuh. err ada sapa-sapa mau?
Fuhh nak ke Kintamani ni banyak menyinggahnye ya. Ok bila kereta nak masuk ke kawasan Gunung Batur-Kintamani tu kena bayar IDR 10k (local rate). Kalau ikutkan pelancong lain harga dia, tapi mungkin orang tu tengok aku pun rupa orang Jawa (walaupun takde keturunan Jawa pun) so dapat local rate. Alhamdulillah.

Tujuan datang Kintamani ni adalah untuk nak tengok gunung berapi Batur dan Agung tapi dari jauh jelah pasal gunung berapi ni still aktif, tak sure boleh pergi sana dekat-dekat ataupun tak. Lagi mengancam bila dapat lunch buffet di Restoran Batur Sari ni, makan betul-betul menghadap gunung berapi tu sambil layan udara sejuk lagi nyaman. Harga lunch buffet kat sini boleh tahan mengancam jugak (IDR 121k) walaupun makanan biasa-biasa je, tapi pada aku berbaloi pasal kat sini korang boleh relax, amek gambar, tenung gunung tu puas-puas tanpa gangguan penjual jalanan ke apa pasal korang dalam restoran. Untuk siapa yang pergi Restoran Batur Sari ni aku recommend tandas dia pasal sangat bersih dan selesa! haha.

View betul-betul depan Gunung Batur dengan angin sepoi bahasa, makanan tak sedap pun boleh jadi sedap lah!



Jumpa awek Jepun kat sini, excited cerita last few months dorang baru pergi Penang katanya.
Perut dah kenyang, gerak pulak ke Tegallalang Rice Terrace untuk tengok sawah padi yang bertingkek-tingkek. Nak masuk kawasan ni kena bayar IDR 5k. Sawah padi bertingkat ni sangat cantik tapi jangan expect kawasan dia besar macam yang ada kat Ubud, pasal actually sawahnya yang kat sini setompok ni je pun. So amek gambar then bye, balik.



Bawah tu ada kedai souvenir tapi aku tak singgah pun, baru lepas hujan sikit time ni.
Untung si supir ni bawak aku, pukul 6 camtu aku dah sampai hotel dah seronok hidup dia dah boleh relaks. haha. Malam tu aku ada kenal dengan receptionist hotel, Widhi, and dia kata nak bawak aku pusing-pusing Kuta lepas dia habis shift kerja. Bagai orang mengantuk disorong bantal, aku on je. Eceh bereperibahasa bagai pulak kan. Kitorang naik motor pergi sana. Mula-mula pergi Beachwalk Mall, open air concept mall boleh tahan cantiklah then makin malam Bali yang siang tadi aku tengok indah permai terus bertukar wajah,  pelayan-pelayan club yang pakai baju macam tak pakai dah duduk bersepah-sepah depan club masing-masing, rasa macam kat Australia pun ada pasal ramai gila orang dia dok clubbing kat sini dengan pakaian yang hurmm nauzubillah lah. Aku just nak tengok suasana je, takdelah aku hilang arah nak pergi join depa tu kan. haha.



Beachwalk ni ala-ala The Curve macam tu lah, jenis open air. Boleh tahan cantik jugak.
Tak sure pulak aku apa motif kepala baby ni kat dalam Beachwalk. haha



Area ni kawasan lagha sangat. Nak tengok pole dance tak payah masuk kelab pun, depan pintu dorang dok berpusing-pusing. Siapa bawak anak tak payah lah datang kwasan ni malam-malam.

Aussie ramai gila kat sini sampai aku kadang-kadang rasa keliru aku pergi Bali ke Australia ni? Oh, belakang tu lah Ground Zero, memorial peringatan tragedi bom Bali tu.

Balik je hotel terus pengsan pasal esok nak kembara pantai Bali pulak, yeay!
Bye bye!

4 comments:

  1. Kei!
    1.akak pernah baca kwn2 stori pasal barong dance nk kt blog, dorag ckp x baloi masuk tgk pastu entree fee pun mahal tp alang2 dh sampai xkan x nk tgk kan
    2. Kopi luak cam pelik jd x nampak kat mana khasiatnya. Mcm mana masih ada kulit kiranya si luak ni main telan jd lah eh. Klu akak bg free pun x sanggup minum ni kan kena byr
    3. X pegi lg bali, bila dgr semua tempat perlu byr nampak untung klau oegi ramai2 tuk transport klau sorang bimbang kena tipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak JM!
      Aah, kalau nanti akak pegi bali, pergi lah ramai-ramai sikit. pasal kalau pergi sorang-sorang ni macam forever alone sangat rupenyer. haha. then bolehlah share2 duit driver :)

      Macam kalau barong dance tu pada saya kalau dah ke sana pegi jelah tengok, nak 'mendalami' budaya katanya. tapi yang kecak dance tu tak payahlah, tengok kat youtube je dah, dorang main jerit "kecak kecak kecak" je sampai la matahari terbenam, hahaha. buat rugi ajeeee :p

      Delete
  2. Ishhh klau akak pun x selera minum kopi ni eee ada ke dia mkn kopi tu tp kulitnya x tanggal ibarat dia x kunyah main telan je eeee dgr cam kotor je

    ReplyDelete
    Replies
    1. percayalah, bila akak tengok sendiri depan mata 'biji kopi' luwak yang seketul-seketul tu, hilang selera pun ada jugak. haha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...