Wednesday 20 August 2014

[Intro] Bali Solo Trip : Cerita Pak Supir

Assalamualaikum.

Al-kisahnya bulan Mac yang lepas aku dah selamat ke Bali secara solo memandangkan nak ajak kawan pun semua masih ada yang tengah exam lah, kerja lah, takde bajet lah, jadi aku pun membawalah hati yang lara seorang diri ke Pulau Dewata ni. ewah ayat kemain nak drama.

Ni namanya Patung Satria Gatotkaca, boleh jumpa kat roundabout lepas keluar airport. Apa yang dorang gaduhkan aku tak sure.
Walaupun sebenarnya Bali ni tak termasuk dalam wishlist, tapi dek kerana tangan gatal 'terbeli' tiket time Air Asia tengah buat sale, maka ber'honeymoon'lah aku sorang-sorang kat sana tu. Time kat Bali tu ramai jugaklah locals yang tegur "Ke Bali sendirian aja? Ga bawa pacarnya?". So aku yang nak pendekkan cerita ni pun jawablah "Ceweknya belum dinikah lagi, ga boleh dibawa ke mari, bukan muhrim". Katanyaaa kan. haha.

Untuk trip 5H5M ke Bali ni 3 hari aku upah supir (driver) untuk bawak aku ke tempat-tempat yang best kat sana. Kalau ikutkan hati memang nak bergerak sendiri tanpa bantuan supir tapi memandangkan ni first time aku ke negara orang seorang diri dan public transport kat sini pun tak berapa efisyen, so aku pun tak beranilah nak amek risiko. Time ni pun aku banyak pergi tempat-tempat yang supir aku recommend je padahalnya aku ada je list tempat yang aku nak pergi based on blog-blog yang aku dah baca sebelum pergi sana. Nasihat aku, sebaik mana pun supir korang, janganlah ikut atau percaya 100% kat dorang, nanti aku ceritakan kenapa sebabnya. Haih kenapalah aku kalah kepada supir. lol.

Hah cerita pasal supir, aku dah book supir ni lebih kurang 2 bulan sebelum aku ke sana. Kenmaen awal kan. haha. Book awal-awal tu dengan harapan semuanya kira settle lah hari nak pergi nanti. Tapi time aku book tu pun macam ada takut jugak, confirm ke supir ni akan turn up bila aku sampai sana nanti pasal book pun through whatsapp je. Ketakutan aku tu jadi kenyataan bila aku whatsapp dia balik sebelum aku depart ke Bali, dia pun taktau yang aku akan sampai airport sana malam tu. Aku ni kan time tu first time nak pergi negara orang, cuak dah aku time tu pasal estimated aku sampai Bali dalam pukul 1-2 pagi macam tu. Nasiblah lepas tu dia kata tak apa, ada kawan dia boleh amek aku bila dah sampai sana. Fuhh lego den raso!

Bila sampai je kat Ngurah Rai International Airport tu aku rasa macam WOW! sangat. Bukannya apa, pasal aku expect airport bali ni biasa-biasa je tapi rupanya dia baru habis renovate so walaupun kecik tapi lagi cantik dari LCCT (tapi sekarang klia2 lagi cantiklah kan. hehe). Then lepas settle imigresen semua, aku nampak ada orang pegang nama aku, senyum lebar aku. haha. Jakun kejap pasal first time kan :p

20032014 KUL - DPS
Ngurah Rai International Airport. Cantik kan??
Sepanjang 3 hari aku kat Bali tu aku naik Suzuki APV, feeling macam anak dato' pasal kat kereta tu aku sorang je. hahaha. Aku ada request untuk kereta yang lagi kecik tapi supir tu cakap kat sana memang APV atau Avanza lah yang paling kecik. Ok fine lah (aih melayang duit). Sebelum pergi check-in hotel aku mintak singgah mana-mana kedai makan dulu nak bungkus makanan pasal tak makan dari tengah hari akibat over excited. haha. 

Ni lah kereta untuk 3 hari kat sana. Macam tak boleh lagi besar kan :p
Benda yang buat aku shocked adalah bila lepas je aku pergi bungkus nasi padang (nasi campur lah kalau kat Malaysia ni), ada orang mintak bayar parking katanya (padahal tepi jalan depan kedai tu) kat supir tu padahal berhenti tak sampai 5 minit pun =.=" Then supir tu jelaskan, kat sini budaya diorang memang macamtu, semua pun tips, jaga jalan, tukang bagi laluan kat jalan, angkat beg, eh semualah! Aku pun oooo ok baru tau.

Aku pun dah penat sangat mintak supir hantar aku terus pergi check in hotel kat Grandmas Hotel Tuban. Grandmas ni ada banyak branch dia kat Bali ni, tapi yang dekat Tuban ni yang paling baru lah dan yang ni dekat dengan airport. Hotel ni pada aku bagus sangat, check in cepat, lif bau wangi gila, facilities macam 5 star then channel TV banyak sangat macam tak kasi aku keluar bilik je. haha. Time dah settle check in tu dah around pukul 3 pagi dah, nak tidur pun takut pasal esok dah janji dengan pak supir pukul 9 pagi! Sepanjang-panjang entri ni intro je sebenarnya, nanti kita sambung cerita untuk next day ye :) (fuyyoo intro pun mau 8 perenggan jugak =.=)

Grandmas Hotel Tuban, baru lagi branch ni.

Layan nasi padang *boom* terus pengsan atas katil, takut pagi esoknya tu pak supir sorang-sorang je tunggu kat lobi hotel. hahaha

2 comments:

  1. Kie, pesal x caling2x akak Jm, bolehtemankan sbb akak pun belum pernah jejak kaki ke sana klau x leh kongsi byr supir tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaann! Saya ni penyegan orangnye, tu yang tak mengajak sesape tu..hahaha alasan sangat :p

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...